• Terkandas Akibat Pembedahan Plastik

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    TIGA wanita warga China terkandas di sebuah lapangan terbang di Korea Selatan berikutan gambar di pasport mereka tidak sepadan dengan wajah akibat pembedahan plastik.

    Klinik-klinik pembedahan plastik di Korea Selatan begitu terkenal sebagai antara yang terbaik di dunia, maka tidak hairanlah wanita-wanita Asia terutama dari China dan Jepun sering ke negara itu untuk mengubah wajah mereka.

    Bagaimanapun, hanya sejumlah kecil yang membuat sedikit perubahan seperti pada bahagian hidung atau melakukan suntikan Botox.

    Sebaliknya, ramai yang mengubah wajah mereka secara keseluruhan sehingga menyukarkan pihak berkuasa di lapangan terbang untuk memadan wajah mereka dengan gambar pasport.

    Gambar yang menunjukkan tiga wanita sedang menunggu sambil memegang pasport di lapangan terbang tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

    “Dengan wajah yang bengkak tu, ibu sendiri pun tak akan kenal anda,” kata seorang netizen.

    “Maafkan saya, saya tidak berniat untuk ketawa tetapi wajah mereka betul-betul bengkak,” kata seorang lagi netizen. – odditycentral/mStar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Terkandas Akibat Pembedahan Plastik "