• Tembak Lebih Ramai Pengedar Dadah Di Indonesia

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    JAKARTA: Pengarah Badan Narkotik Nasional (BNN), Budi Waseso memberi amaran, anggotanya akan menembak mati lebih ramai pengedar dadah yang enggan menyerah diri ketika ditahan.

    “Orang ramai berkata, BNN tidak boleh menembak secara terus. Kenapa tidak?” katanya.

    Menurutnya, mengikut statistik BNN seramai 15,000 mati setiap tahun di Indonesia akibat dadah.

    “Daripada statistik ini menunjukkan tindakan tegas terhadap pengedar dadah adalah sesuatu yang wajar.

    “Majoriti pengedar dadah adalah pesalah berulang selepas keluar daripada penjara.

    “Jumlah pengedar dadah yang mati terlalu sedikit berbanding mangsa yang mati akibat dadah itu sendiri,” jelasnya.

    Budi juga menegaskan dia tidak menghiraukan kritikan terhadap arahan menembak mati pengedar dadah yang mengelak daripada ditangkap.

    “Semua pegawai BNN di seluruh negara tidak perlu teragak-agak untuk menembak terus pengedar dadah ini,” tegasnya.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Tembak Lebih Ramai Pengedar Dadah Di Indonesia "