• Teknologi Maju Mempercepat Projek Dan Menjimatkan Kos

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Penggunaan teknologi maju dalam pembangunan prasarana kerajaan adalah penting untuk mempercepatkan penyiapan projek infrastruktur serta menyumbang kepada penjimatan kos dalam jangka panjang, demikan tegas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Menurutnya, Kementerian Kerja Raya mengamalkan penggunaan teknologi maju dalam merealisasikan tinfrastruktur digital yang mapan dan berskala di negara ini.

    "Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan pelaksanaan sistem Pemodelan Maklumat Lebuh Raya (HIM) yang merupakan gabungan Sistem Maklimat Geospasial (GIS) dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Fadillah memberitahu objektif penggunaan HIM adalah untuk meminimum dan mengurangkan kesilapan semasa peringkat pembinaan Pan Borneo dengan memvisualkan, memantau dan menjejaki kemajuan projek.

    "Ia juga mengintegerasikan BIM 3D dalam membantu penyelarasan, penyatuan dan pemeriksaan semua maklumat dengan mewujudkan '3D As-Built model' yang mematuhi keperluan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pengurusan aset," jelasnya.

    Beliau menambah, dengan menggunakan HIM dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo, kerjasama yang baik antara pemilik projek dan pereka semasa pembinaan akan mengurangkan semula dan mengurangkan kos pembinaan.

    "Penyelenggaraan Lebuh Raya Pan Broneo dijangka lebih mudah, menjimatkan kos dan memanjangkan kitaran hayat jalan yang dibina," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Teknologi Maju Mempercepat Projek Dan Menjimatkan Kos "