• Taraf Buaya Diturunkan, Lebih 10 Lesen Memburu Dilulus

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Ekoran kejayaan menurunkan status buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks 2, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah meluluskan lebih sepuluh lesen memburu buaya di negeri ini setakat semalam, kata Pengarah JHS Sapuan Ahmad.

    Menurutnya, kebanyakan lesen yang dikeluarkan adalah untuk pemohon dari kawasan Batang Lupar kerana di situ terdapat populasi buaya yang terlalu tinggi.

    "Pengeluaran lesen itu dibuat selepas Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Berhubung Flora dan Fauna Diancam Kepupusan (CITES) di Johannesburg, Afrika Selatan pada 1 Oktober 2016 yang menurunkan taraf buaya atau nama saintifiknya, 'Crododylus Porosu' daripada Apendiks I kepada Apendiks II.

    "Penurunan status buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II bermakna spesies tersebut boleh diburu, dibunuh dan diperdagangkan kulit serta dagingnya ke pasaran global," kata beliau.

    Tambahnya, JHS telah mengeluarkan lebih sepuluh lesen memburu tetapi pemegang lesen ini mesti membuat laporan kepada kami tentang jumlah buruan mereka. - Sarawakiana
  • No Comment to " Taraf Buaya Diturunkan, Lebih 10 Lesen Memburu Dilulus "