• Tampilkan Lebih Ramai Calon Wanita Di Sarawak

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+

    Lebih ramai calon wanita perlu diketengahkan di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Wanita, Profesor Madya Madeline Berma yang membuat gesaan itu berkata, golongan wanita mempunyai kemampuan dan memberi banyak sumbangan.

    "Ia agak lambat, sepatutnya sekurang-kurangnya 30 peratus daripada calon adalah wanita.

    "Terdapat ramai calon wanita berkelayakan yang boleh diketengahkan," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau yang juga Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, wakil rakyat wanita sudah terbukti kemampuannya yang setanding dengan golongan lelaki.

    "Alasan wanita tidak berkhidmat di kawasan tidak boleh diterima. Wanita dan lelaki boleh memberi perkhidmatan sebagai YB," ujarnya.

    Mengenai spekulasi Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menampilkan dua calon wanita pada PRU14, Madeline memuji langkah tersebut dan menyifatkan Datuk Doris Sophia Brodie dan Rita Insol sebagai individu yang mempunyai kelayakan.

    Beliau turut berharap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menurunkan calon wanita Dayak.

    PBB pada masa ini mempunyai empat ahli parlimen wanita yang terdiri daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Norah Abdul Rahman dan Rubiah Wang.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Tampilkan Lebih Ramai Calon Wanita Di Sarawak "