• Tahap Perkembangan Penyelidikan IPT Negara Di Tangga Kedua Dunia

    Published: Saturday, 7 October 2017
    A- A+

    KUALA TERENGGAN - Institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta negara berjaya meletakkan negara di tangga kedua dunia melalui hasil penyelidikan mereka dengan mencatat perkembangan 7.2 peratus dalam tempoh enam tahun.

    Pencapaian itu direkodkan berbanding purata dunia 1.1 peratus manakala 20 penyelidik berada dalam kelompok saintis terbaik dunia berdasarkan penyelidikan berkaitan kejuruteraan, kewangan Islam, alam sekitar dan tenaga.

    Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengikitirafan itu juga dibuat hasil kajian The Top One Percent Research 2017 dalam pangkalan data antarabangsa Web of Science dari clarivate analytics dan scopus dari Elsevier.

    "Mereka telah buat penilaian kepada penyelidik kita dan hari itu telah mengiktiraf lebih 20 penyelidik dalam negara kita sebagai saintis terbaik dunia,"ujarnya.

    Idris menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2017 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri , Gong Badak dekat ini hari ini.

    Yang turut hadir, Naib Cancelor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Datuk Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Datuk Prof. Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif serta wakil-wakil IPT seluruh negara.

    Program tiga hari itu bertemakan Memupuk Usahawan Melalui Pendidikan, Industri, Teknologi dan Inovasi Sosial dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bersama UMT dan UniSZA.

    PECIPTA 2017 kali pertama diadakan di luar Kuala Lumpur mengetengahkan 416 produk reka cipta dan hasil penyelidikan

    oleh 40 IPT di samping tujuh buah Politeknik tempatan dan dua buah Kolej Komuniti selain penglibatan swasta.

    Program yang turut merapatkan jurang antara komuniti dengan IPT di samping menjalinkan rangkaian hubungan dengan IPT luar negara juga menarik 10 penyertaan dari Indonesia, Thailand, China, Vietnam, Belgium dan United Kingdom.-UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Tahap Perkembangan Penyelidikan IPT Negara Di Tangga Kedua Dunia "