• Tabung Haji Minta Penjelasan Arab Saudi

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sudah diminta mendapatkan status sebenar daripada kerajaan Arab Saudi mengenai keputusan mahkamah negara itu yang memutuskan waris jemaah kes kren tumbang di Masjidil Haram tiga tahun lalu tidak akan mendapat pampasan.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan perlu mendapatkan kesahihan berita itu terlebih dulu sebelum membuat tindakan susulan.

    "Kita belum mendapat maklumat rasmi mengenai perkara ini.

    "Saya sudah meminta TH menghubungi kerajaan Arab Saudi bagi mendapatkan kesahihannya," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) berhubung isu berkenaan.

    Portal berita Saudi Gazette melaporkan, mahkamah Arab Saudi memutuskan waris jemaah tidak akan memperoleh pampasan kerana kes itu bukan berpunca daripada kecuaian manusia, sebaliknya bencana alam.

    Laporan itu juga menyebut, tiada kecuaian dibuat oleh syarikat pembinaan iaitu Binladen Group.

    Dalam tragedi pada 2015 di kawasan Masjidil Haram itu, tujuh warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban selepas kren binaan tumbang akibat ribut pasir dan hujan. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Tabung Haji Minta Penjelasan Arab Saudi "