• Syria Lancar Serangan Gas Sarin

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    NEW YORK: Tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad bertanggungjawab melancarkan serangan gas sarin ke atas bandar dikuasai pemberontak, Khan Sheikhun, yang mengorbankan ramai penduduk.

    Panel penyiasat dianggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) itu berkata, kebanyakan bukti yang dikumpulkan mendapati 'sarin dilepaskan menerusi bom yang digugurkan pesawat.

    Menurut laporan sulit kepada Majlis Keselamatan PBB, yang diperoleh AFP itu, menyebut Syria bertanggungjawab atas serangan gas saraf itu yang menyebabkan lebih 87 maut pada 4 April 2017.

    Imej menggerunkan selepas serangan berkenaan mengundang kemarahan antarabangsa dan mendorong Amerika Syarikat membedil peluru berpandu ke arah pangkalan udara Syria, yang dikatakan lokasi serangan dilancarkan.

    Sekutu kuat Syria, Russia menegaskan serangan gas sarin itu berkemungkinan besar disebabkan bom yang diletupkan secara langsung di darat, bukan menerusi serangan udara Syria.

    Namun, pakar yang menganalisis gambar dan video lokasi sarin dibebaskan menemui kawah disebabkan 'bom besar' yang digugurkan dari jarak sederhana atau tinggi, menurut laporan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Syria Lancar Serangan Gas Sarin "