• Syed Saddiq Perlu Dedah Individu Cuba `Rasuahnya’, Bagi Bukti

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+
    Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman telah menolak untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford. Beliau juga menolak tawaran biasiswa sebanyak RM400,000.

    Pada sidang media yang diadakan tanpa kehadiran pemimpin PPBM yang lain, Syed Saddiq juga memberitahu ada individu yang menawarkan habuan bernilai RM5 juta dan peruntukan membuka sekolah debat di seluruh negara jika menurut kemahuan mereka.

    Persoalannya ketika ini siapakah individu terbabit yang sanggup menawarkan wang sebanyak itu dan kenapa Syed Saddiq tidak mendedahkannya?

    Jika perkara ini berlaku, Syed Saddiq kena melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana ia ternyata satu bentuk rasuah.

    “Jka melemahkan status kewangan tidak berjaya, mereka akan sasarkan keluarga individu itu. Bapa saya, ibu saya juga diancam. Mereka ingat ancaman akan berjaya. Sama sekali tidak.

    “Jika ada serangan terhadap keluarga saya, saya akan dedahkan siapa dalangnya, mereka yang menemui saya, termasuk menteri mana. Maruah saya tidak boleh dibeli,” kata Syed Saddiq pada sidang media di Hotel Seri Pacific, hari ini.

    Eloklah Syed Saddiq membuat laporan, bukan hanya kepada SPRM malah kepada polis juga. Beliau tidak sepatutnya menunggu lagi. Tunjukkan bukti yang beliau ada itu.

    Jika tidak ia akan hanya dianggap sebagai sandiwara. - SuaraTV

    Subjects:

  • No Comment to " Syed Saddiq Perlu Dedah Individu Cuba `Rasuahnya’, Bagi Bukti "