• SUPP Kini Bukan SUPP Yang Dulu

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+
    Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) di bawah kepimpinan Datuk Dr Sim Kui Hian membuktikan Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan menjadi pentas kegemilangan bagi menghadapi calon daripada DAP. Dengan slogan 'Sa'ati' lebih kurang bermaksud 'bersatu' menjadikan SUPP berjaya mengorak langkah untuk menjadi nadi perjuangan masyarakat cina.

    Kesepakatan antara kaum cina menunjukkan SUPP mengorak langkah proaktif menyahut cabaran dan menerima dasar yang kerajaan buat. Buktinya pada PRN yang lepas, kawasan yang dimenangi SUPP menerima perubahan pembangunan yang bermanfaat kepada kaum cina.

    Ternyata SUPP berusaha bersungguh-sungguh membela kaum Cina yang sebelum ini begitu terpinggir apabila DAP menguasai kawasan tersebut. Kebangkitan kaum cina beralih menyokong SUPP pada PRN lalu memberi impak yang besar kepada kaum Cina. Satu persatu pembangunan dilaksanakan walaupun ada kaum Cina berada di luar bandar.

    Kejayaan SUPP pada PRN lepas menjadi kayu pengukur buat SUPP pada PRU14 akan datang. Segala perubahan pembangunan kawasan Cina selepas PRN lalu membuktikan kaum Cina sekali lagi akan menyokong SUPP.

    Memang ketara perubahan dalam SUPP pada hari ini kerana pucuk kepimpinannya mampu menyatupadukan masyarakat Cina kerana SUPP sebelum ini sering dilanda madalah dalaman parti. Dengan pucuk kepimpinan baru di bawah Dr Sim, ahli SUPP lebih fokus kepada perjuangan membela rakyat dan melupakan perselisihan yang telah dialami sebelum ini.

    Subjects:

  • No Comment to " SUPP Kini Bukan SUPP Yang Dulu "