• Sungai Di Amazon Ini Akan `Rebus’ Mangsanya

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+


    SEBELUM ini ia hanya dikatakan wujud dalam legenda sahaja namun kini menakutkan, apabila sungai yang mendidih dan boleh `merebus’ mangsanya telah ditemui di Amazon.

    Ia menyebabkan sungai terbabit menjadi tumpuan saintis. Ia didedahkan oleh seorang ahli eskplorasi sungai, Andres Ruzo, di wilayah Mayantuyacu, Peru. Beliau merakamkannya untuk filem pendek dan diterbitkan oleh Great Big Story.

    Nama sungai itu ialah sungai Shanay-timpishka, yang bermaksud mendidih di bawah sinaran matahari.

    Menurut Andres, bahang panas daripada air sungai itu boleh dirasakan hinggakan hidung dan paru-paru seperti terbakar.

    “Suhu paling panas yang saya sukat ialah 100°C. Untuk dibandingkan dalam kehidupan harian, suhu purata kopi panas pun sekitar 55°C.

    “Sukar untuk membayangkan secara fizikal air sepanas itu. Jika anda masukkan jari, anda akan mendapati luka melecur dalam hanya beberapa saat.

    “Bagi makhluk manusia seperti kita, kita akan direbus jika masuk ke dalam air itu,’’ kata Andres.

    Andres merupakan pelajar PhD dalam bidang geofizik di Southern Methodist University di Texas.

    Dia mula mengembara ke dalam hutan sejak 2011 dan sebelum ini dia telah bersedia dari segi mental untuk merasai air panas Amazon, namun setibanya di situ, apa yang disaksikan begitu berbeza.

    Sungai berkenaan telah menjadi satu legenda di Peru. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Sungai Di Amazon Ini Akan `Rebus’ Mangsanya "