• Suami Isteri Kurung Warga Asing Direman 7 Hari

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+

    BINTULU: Pasangan suami isteri ditahan reman selama tujuh hari berkuatkuasa hari ini bagi membantu siasatan polis berikutan kes mengurung 11 warga Indonesia di sini sejak tiga tahun lalu.

    Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Mahkamah Majistret Bintulu dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

    Baca: Kurung 11 Warga Asing Selama 3 Tahun, Suami Isteri Ditahan Di Bintulu

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dato Dev Kumar berkata, kesemua mangsa kini dihantar ke rumah perlindungan dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan rapi kes terbabit.

    Menurut Dev,  sehingga petang ini tiada tangkapan lain dibuat dan kesemua 11 warga Indonesia yang berusia 18 hingga 40 tahun tersebut dilaporkan dalam keadaan baik namun masih dalam keadaan trauma. - Sarawakiana
  • No Comment to " Suami Isteri Kurung Warga Asing Direman 7 Hari "