• Stesen Minyak Mini Bantu Masyarakat Luar Bandar Nikmati Harga Berpatutan

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+

    KUCHING: 20 stesen minyak mini Smart akan dibangunkan di kawasan luar bandar bagi membantu masyarakat menikmati bahan petroleum yang sama seperti dinikmati masyarakat bandar.

    Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, matlamat ini adalah untuk membantu masyarakat di luar bandar agar menikmati bekalan bahan petroleum pada harga, kuantiti dan kualiti yang sama dengan di bandar.

    "Pembinaan stesen minyak Smart akan dikendalikan Smart Rescources Sdn Bhd (Smart), sebuah syarikat Bumiputera yang terlibat aktif dalam pembekalan dan pemasaran bahan petroleum di Malaysia," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menjelaskan ketika ini dua stesen yang dicadangkan sudah dalam pembinaan iaitu di Tanjung Manis dan Stapang manakala lapan lagi stesen masih dalam proses permohonan dan selebihnya dalam proses kenal pasti tapak.

    "Selain Tanjung Manis dan Stapang, kawasan-kawasan lain yang telah dikenal pasti ialah Julau, Meradong, Belawai, Pusa, Nyabor, Jalan Sungai Maaw, Dalat, Matu, Kampung Oya, Daro, Sadong Jaya, FGV Samarahan (Asajaya), Kampung Bunan (Serian), Sungai Asap, Simpang Sundar, Sundar, Beladin dan Song," jelas beliau.

  • No Comment to " Stesen Minyak Mini Bantu Masyarakat Luar Bandar Nikmati Harga Berpatutan "