• Standard Penarafan Bintang Perkasa Institusi Masjid Negeri Sarawak

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Standard Penarafan Bintang Masjid Negeri Sarawak 2017 adalah usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak bagi meningkatkan kualiti pengurusan, pengimarahan, kebersihan dan keceriaan masjid di negeri Sarawak.

    Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N4 Pantai Damai, standard penarafan tersebut menyediakan satu kaedah penarafan yang komprehensif terhadap kualiti pengurusan, pengimarahan, kebersihan dan keceriaan masjid.

    "Ia merupakan panduan kepada juruaudit yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk membuat penilaian terhadap tahap pengurusan, pengimarahan, kebersihan dan keceriaan masjid secara seragam di seluruh negeri Sarawak," katanya.

    Tambahnya, ia juga akan membantu pihak Jawatankuasa Pengurusan (JKP) masjid untuk mempertingkatkan kualiti kecemerlangan pengurusan, pengimarahan, kebersihan dan keceriaan masjid.

    "Skop pelaksanaan Standard Penarafan Bintang Masjid Negeri Sarawak 2017 meliputi masjid awam dan surau awam di seluruh negeri Sarawak," ujarnya.

    Beliau turut menerangkan bahawa standard penarafan ini akan menjadi salah satu indikator penting kepada pengurusan masjid yang cemerlang. - Sarawakiana

  • No Comment to " Standard Penarafan Bintang Perkasa Institusi Masjid Negeri Sarawak "