• Spurs Hukum Penyokong Baling Air Kencing

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    LONDON: Tottenham Hotspur mengenakan hukuman pengharaman seumur hidup terhadap dua penyokong selepas gelas diisi dengan air kencing dilemparkan kepada penyokong West Ham United ketika saingan Piala Liga di Wembley.

    Rakaman di media sosial menunjukkan seorang penyokong kencing ke dalam gelas plastik sebelum seorang lagi membalingnya ke arah penyokong lawan di stadium nasional England itu minggu lalu.

    Tottenham menyiasat insiden berkenaan dan selepas mengenalpasti individu terbabit, mereka kini mengenakan pengharaman seumur hidup terhadap dua lelaki terbabit.

    “Perangai sebegini tidak boleh diterima dan kami akan mengenakan pengharaman seumur hidup kepada dua individu dalam video berkenaan,” kata jurucakap Tottenham semalam. Skuad kendalian Mauricio Pochettino mendahului 2-0 dalam saingan awal pagi Khamis lalu sebelum West Ham kembali bangkit untuk menewaskan pencabar dari London itu 3-2 dan mara ke suku akhir.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Spurs Hukum Penyokong Baling Air Kencing "