• SPRM Perlu Perjelas Ranking Kementerian Rasuah

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+


    SHAH ALAM - Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penjelasan lebih terperinci mengenai sistem ranking kementerian yang diperkenalkan agensi penguatkuasaan itu.

    Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, SPRM perlu perjelaskan apakah bentuk metodologi dan sistem yang digunakan untuk menilai sebuah kementerian itu dalam menentukan ranking rasuah dan salah guna kuasa.

    “Adakah metodologi itu telah terbukti dan boleh dipercayai? Apakah sistem yang mereka (SPRM) guna pakai untuk menentukan ranking ini?.

    “LPPR berharap akan ada penerangan yang jelas daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengenai keseluruhan inisiatif baharu ini,” katanya.

    Dzulkifli kelmarin berkata, ranking berdasarkan rasuah dan salah guna kuasa itu akan diumumkan hujung tahun ini. - SH

    Subjects:

  • No Comment to " SPRM Perlu Perjelas Ranking Kementerian Rasuah "