• SPRM Geledah Rumah Adik Shafie Apdal

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi menggeledah rumah ahli perniagaan, Hamid Apdal, di Putatan.

    Ia dipercayai ada kaitan dengan siasatan berkaitan kes penyelewengan dana awam di Sabah.

    Sumber memberitahu BH, lima pegawai dan anggota SPRM datang ke rumah adik Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu pada jam 3 petang tadi dan dilaporkan keluar pada jam 6 petang.

    Difahamkan, pasukan SPRM datang bersama Hamid, 52, yang pagi tadi hadir di pejabat SPRM Kota Kinabalu bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

    Berdasarkan maklumat, beberapa barangan dan dokumen yang dipercayai bahan bukti untuk kes itu turut dirampas dalam operasi tiga jam itu.

    Sehingga hari ini, seramai enam individu sudah ditahan berhubung kes terbabit, masing-masing empat ahli politik, seorang ahli perniagaan dan seorang penjawat awam.

    Penahanan itu ada kaitan dengan siasatan kes penyelewengan RM1.5 bilion dana awam untuk pembangunan luar bandar yabg disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah, di antara tahun 2010 hingga 2016.

    SPRM sebelum ini melaporkan, seramai 32 orang saksi terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk kakitangan KKLW turut dikenal pasti bagi membantu siasatan kes berkenaan. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " SPRM Geledah Rumah Adik Shafie Apdal "