• Smart Bina 20 Stesen Minyak Di Luar Bandar Sarawak

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    Sebanyak 20 buah stesen minyak bakal dibina Smart Stream Resources dikawasan luar bandar 

    Memetik laporanUtusan Borneo, Smart Stream Resources yang merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang aktif dalam pembekalan dan pemasaran bahan petroleum di Malaysia dikatakan akan memberikan manfaat khususnya kepada penduduk luar bandar dalam memudahkan mereka mendapatkan bekalan petroleum juga di kawasan luar bandar sama seperti dikawasan bandar.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dipetik sebagai berkata, stesen minyak berkenaan akan membuka peluang perniagaan dan pekerjaan bagi menaiktaraf aktiviti sosio ekonomi penduduk liuar bandar amnya.

    Jelasnya, kini permintaan untuk membuka stesen minyak tersebut adalah sebanyak dua puluh buah namun kini dua daripadanya sedang dilaksanakan dan lapan buah lagi masih dalam proses, manakala sepuluh lagi masih mencari kawasan dan kedudukan yang strategik untuk membuka stesen berkenaan.

    Tengah berkata, ia merupakan satu perkembangan yang baik bagi membantu rakyat di kawasan luar bandar.

    Beliau yang berkata demikian ketika mempengerusikan sebuah mesyuarat di sebuah hotel di sini kelmarin.

    Tambahnya, dua stesen minyak Smart yang kini dalam proses pelaksanaan adalah di Tanjung Manis yang dijangka siap pada februari 2018 manakala sebuah lagi di Stapang dijadual buka pada Februari 2018.

    Lapan buah stesen minyak lagi yang kini dalam proses iaitu di Julau, Meradong, Belawai, Pusa, Kabong dan Sibu.-Sarawakiana
  • No Comment to " Smart Bina 20 Stesen Minyak Di Luar Bandar Sarawak "