• Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+


    PENYANYI Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

    Kurniaan darjah itu disempurnakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pagi Selasa.

    Siti, 38, menerusi posting di Instagram miliknya mengucapkan syukur atas kurniaan tersebut.

    "Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini.

    "Semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada agama , bangsa , negeri dan negara patik.. Menjunjung kasih Tuanku," tulisnya.

    Foto Siti Nurhaliza sedang menerima darjah kebesaran tersebut turut mendapat ratusan komen peminat yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut.

    Malah, ada yang menganggap kurniaan tersebut sebagai rezeki anak kerana ketika ini Siti Nurhaliza sedang hamil empat bulan.

    Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada penerima.

    Sebelum ini Siti turut menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk. - mStar







    Subjects:

  • No Comment to " Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri "