• Sisa Babi Bertabur

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    SKUDAI: Lebih 1,000 penduduk dan peniaga di Kampung Laut di sini, kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa babi di tong besar di Batu 9 ½, Jalan Skudai, di sini, sejak dua tahun lalu.

    Jurujual kenderaan, Zamri Sadon, 46, berkata, masalah timbul apabila ada pihak mengambil jalan mudah dan membuang sisa babi dalam bungkusan guni putih.

    Katanya, sisa babi itu tidak diletakkan dengan betul hinggga berterabur di atas jalan akibat digigit anjing liar.

    “Kami peniaga dan penduduk mengambil inisiatif membersihkan sisa yang berterabur bagi mengelakkan kawasan itu kotor dan busuk.

    “Sisa itu dibuang terlalu banyak hingga melimpah dari tong dan berulat serta busuk. Lebih malang pihak berkenaan meletakkan sisa itu di tepi tong sampah akibat tong penuh.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Sisa Babi Bertabur "