• Siapa Sebenarnya Rompak Harta Rakyat?

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+

    Najib rompak harta rakyat? Itu cerita yang berlegar di kalangan rakyat. Sama seperti ceramah pembangkang sebelum ini yang sengaja mencipta propaganda mempengaruhi minda rakyat.

    Pembangkang kaitkan isu 1MDB sebagai senjata untuk mengaitkan Perdana Manteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perompak harta rakyat.

    Hakikatnya tidak pula jelas apa dan bagaimana Najib merompak harta rakyat.

    Rakyat pun terikut-ikut memviralkan perkara tersebut walhal dengan nyata tidak mengetahui apa yang telah dirompak.

    Begitulah mudahnya propaganda menyerang pemimpin kerajaan kerana hendakkan sokongan politik dari rakyat marhaen.

    Berbalik kepada tindakkan pembangkang terutama DAP ketika melancarkan Projek Impian Sarawak. DAP dengan terang memviralkan kegiatan mencari dana pilihanraya dengan mengadakan majlis-majlis tertentu seperti majlis makan malam. Memang tidak dinafikan DAP memang bijak mengurus hal sedemikian rupa. Ramai yang hadir akan menyumbang dana kepada DAP.

    Malah DAP turut mengutip derma daripada peniaga-peniaga kecil bagi menampung kos projek impian Sarawak. Namun sehingga kini kutipan tersebut tidak pernah didedah bagaimana dana tersebut digunakan.

    Yang menjadi persoalan kini, projek Impian Sarawak semakin pudar dan ia tidak kedengaran saban hari. Jadi ke mana perginya dana yang disumbang oleh rakyat ?

    Jelaslah DAP tidak pernah bersikap telus untuk mendedahkan hala tuju dana tersebut. Ia seakan-akan lesap dan berkemungkinan rakyat yang sudah menderma tertanya-tanya sehingga hari ini.

    Adakah hal tersebut rakyat boleh menganggap yang DAP merompak wang sumbangan rakyat tanpa rakyat ketahui mana arah wang tersebut pergi.-Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • 1 comment to ''Siapa Sebenarnya Rompak Harta Rakyat?"

    ADD COMMENT
    1. Jadi korang lebih percayakan si perompak najib dan kroni-kroninya lah yer? Bagus....teruskan usaha korang untuk dibodohkan BN selamanya. Jangan melenting apabila korang dipanggil fixed deposit kaum kerabat Najib yer. Sekian.

      ReplyDelete