• Serpihan Tulang Dalam Perut Buaya Ditangkap Di Pusa

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    PUSA: Seekor 'sang bedal' sepanjang 4.8 meter berjaya ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Ulu Sungai Mengkuil dekat sini hari ini.

    Jurucakap SFC, reptilia berkenaan ditangkap oleh sepasukan SWAT dengan bantuan anggota polis dari Balai Polis Pusa kira-kira jam 8 pagi tadi.

    Menurutnya, reptilia berkenaan berjaya ditangkap dalam operasi penakaian yang dilakukan selepas kes seorang lelaki maut dibaham reptilia ganas  berkenaan di Sungai Kuala Besar di sini pada 24 September lalu.

    Memetik laporan di laman Facebook Sarawak Aritok, hasil pemeriksaan keatas reptilia berkenaan menemui serpihan tulang dalam perut reptilia berkenaan.

    Bagaimanapun, tulang berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada tulang manusia ataupun tulang haiwan.-Sarawakiana

  • No Comment to " Serpihan Tulang Dalam Perut Buaya Ditangkap Di Pusa "