• Sepanyol Tolak Hasrat Catalonia

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+

    BARCELONA: Kerajaan Sepanyol menolak cadangan Catalonia untuk mengadakan perbincangan berhubung isu kemerdekaan wilayah berkenaan.

    Kenyataan itu dibuat di sebalik desakan Kesatuan Eropah supaya dialog diadakan bagi meredakan ketegangan antara wilayah di timur laut Sepanyol itu dan Madrid.

    Krisis antara kedua-dua pihak semakin meruncing selepas Presiden Catalonia mengecam campur tangan Raja Sepanyol, selain tindakan kerajaan menolak usaha mengadakan perbincangan mengenai isu terbabit.

    "Kerajaan tidak akan berunding mengenai apa-apa yang haram dan menerima sebarang ancaman," kata Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy.

    Imej pihak polis memukul rakyat Catalan dalam proses pungutan suara yang dianggap tidak sah oleh Kerajaan Sepanyol pada Ahad lalu turut menimbulkan kebimbangan masyarakat dunia. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Sepanyol Tolak Hasrat Catalonia "