• Seorang Berjaya Ditahan, 2 Motosikal Dirampas Dalam Ops Lejang

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+
    PEDAWAN: Polis daerah Pedawan pada Selasa berjaya menahan seorang lelaki warganegara Indonesia bersama dua buah motosikal yang dipercayai di curi.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Pedawan DSP Merbin Lisa berkata, tangkapan tersebut dibuat anggota Balai Polis Batu Kawa dalam Operasi Lejang pada 3.30 petang Selasa lepas dikawasan hutan berdekatan Lorong Ma Onn Batu 6 Matang, dekat sini.

    Menurutnya, seorang suspek warga Indonesia bersama dua motosikal yang dipercayai dicuri telah berjaya ditahan, sementara seorang lagi suspek masih bebas setelah melarikan diri ke hutan berdekatan.

    Beliau berkata, bertindakan atas maklumat awam berkaitan kes curi motosikal, pihak polis telah melakukan intipan selama dua jam sebelum terserempak dengan dua orang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Warna biru.

    “Polis cuba menahan kedua-dua lelaki tersebut kerana cuba melarikan diri dan berjaya menahan seorang daripadanya, manakala seorang lagi telah melarikan diri ke dalam hutan,” ujarnya

    Siasatan awal telah membawa kepada penemuan sebuah lagi motosikal yang disorok di hutan berdekatan.

    “Suspek juga ditahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 untuk melengkapkan siasatan secara menyeluruh.

    “Siasatan lanjut tertumpu pada penglibatan suspek dalam kes curi kenderaan dan untuk mengesan rakan sejenayahnya yang masih bebas,” katanya. - Sarawakiana

  • No Comment to " Seorang Berjaya Ditahan, 2 Motosikal Dirampas Dalam Ops Lejang "