• Sembunyikan 600 Gram Emas Dalam Punggung

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+


    QINGDAO - CHINA: Kelicikan seorang penyeludup tidak berbaloi apabila cubaan menyeludup keluar emas ke luar negara dihidu penguatkuasa kastam.

    Dalam kejadian tersebut, anggota kastam di lapangan terbang Qingdao Liuting menyedari tindak-tanduk suspek yang mencurigakan.

    Anggota kastam kemudian bertindak mengimbas bagasi suspek dan mendapati seketul emas seberat 200 gram dipercayai cuba diseludup keluar.

    Suspek kemudian didakwa masih lagi berkelakuan mencurigakan, sekaligus menyebabkan pihak kastam memaksa suspek diimbas mesin X-ray.

    Hasilnya, tiga ketulan emas dengan jumlah berat 600 gram dikesan di saluran usus menghampiri punggung dikesan.

    Tak cukup dengan itu, satu lagi ketulan emas seberat 200 gram ditemui dalam stokin suspek.

    Hasilnya, sejumlah 5 ketulan emas dengan jumlah berat 1 kilogram berjaya ditemui dan dirampas untuk siasatan.

    Kejadian 28 September lalu yang didedahkan Shanghaiist membabitkan seorang lelaki yang warganegaranya tidak didedahkan.

    - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Sembunyikan 600 Gram Emas Dalam Punggung "