• Sembunyi Ketum 50kg Dalam Bonet Kereta

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    PARIT: Seorang lelaki bertindak menyembunyikan lapan bungkusan plastik hitam daun ketum seberat 50 kg dalam but keretanya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa di sini.

    Bagaimanapun taktik lelaki tempatan berusia 38 tahun itu memakan diri apabila ditahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan di Jalan Lambor Kiri menghala ke Sri Kaya, Bota kira-kira jam 7.30 malam, kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan jenis Proton Wira terbabit, menemui lapan bungkusan plastik hitam berisi daun hijau dipercayai daun ketum.

    “Hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methampethamine. Lelaki berasal dari Kampong Bonggol Rendang, Bukit Gantang ini pernah menjalani hukuman bersabit kes dadah,” katanya.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Sembunyi Ketum 50kg Dalam Bonet Kereta "