• Seluar Ayam Goreng Kini Jadi Trend

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+


    FESYEN seluar ‘paha ayam goreng’ kini menjadi trend di media sosial selepas ia dikongsi oleh seorang pengguna twitter. Seluar berkenaan dijual Ia dijual di Jepun oleh kedai e-dagang Rakuten pada harga RM347.

    Jualan seluar ayam goreng itu bak `goreng pisang panas’ kerana ia mendapat sambutan.

    Kainnya tidak mudah kedut dan selesa dipakai. Ia juga panjang hingga ke paras buku lalu.

    Seorang pengguna twitter, k-kazu-magi telah terjumpa seluar yang berwarna oren itu dan kemudiannya memuatnaik dalam twitter. Tanpa disangkanya, entri berkenaan memperolehi lebih 60,000 ‘liked’.

    “Apa yang saya fikirkan ketika melihat seluar ini… ialah KFC,” demikian tulis k_kazu_magi.

    Ada juga pengguna twitter memberitahu mereka tidak dapat menahan ketawa melihat seluar seperti paha ayam goreng itu. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Seluar Ayam Goreng Kini Jadi Trend "