• Selepas Gelar Lanun, Mahathir Hina Bugis Bodoh!

    Published: Saturday, 21 October 2017
    A- A+

    SEMAKIN BIADAB… Nampaknya tokoh pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad secara jelas tidak serik kutuk masyarakat Bugis selepas berjaya melabel bangsa itu sebagai lanun minggu lalu.

    Kehebatan beliau menghina etnik berasal dari Sulawesi, Indonesia itu kini berupaya mengalihkan perhatian ramai penyokong pembangkang yang sebelum ini mengecam Mahathir sebagai Mamak Madey Kutty Kerala dari India.

    Terbaharu Pengerusi Pakatan Harapan itu menyindir kumpulan Bugis yang datang berdemonstrasi di hadapan pejabatnya di Putrajaya pada Rabu lalu sebagai bodoh kerana tidak berfikir panjang sebelum melakukan tindakan.

    Berucap pada sesi ceramah sempena Konvensyen PAN di Alor Setar, Kedah malam tadi, beliau mendakwa golongan itu konon hanya menurut perintah diarahkan pihak tertentu yang marah terhadapnya kerana hina komuniti Bugis.

    “Bodohnya dia orang, pejabat saya ditutupkan pada (hari cuti umum) Deepavali. Tapi apa boleh buat, sudah sewa bas, tapi pejabat kosong (tidak dibuka), mereka dakwa saya hina Bugis,” sindir Mahathir dipetik portal BNBBC.

    Sehari sebelum itu ketika berceramah di bandar Cukai, Kemaman, Terengganu, beliau mendakwa konon kumpulan Bugis tersebut terpaksa berdemonstrasi sekadar mengikut telunjuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Mahathir malahan mendakwa berasa yakin mereka mendapat habuan untuk berbuat demikian pada hari Deepavali bagi memberi gambaran konon masyarakat tersebut marah dengan kenya­taannya yang dianggap menghina Bugis.

    “Orang Bugis ini (yang berhimpun di hadapan bangunan Yayasan Ke­pimpinan Perdana di Putrajaya pada 18 Oktober lalu) saya yakin dapat duit, buat demonstrasi, kononnya saya kata orang Bugis lanun,” dakwanya lagi.

    Namun bekas perdana menteri itu juga menafikan menghina keseluruhan golongan berkenaan dengan berdalih: “Saya tidak hina Bugis, saya bukan kata semuanya tak baik, ada yang baik, tapi yang jadi penyangak pun ada juga.”

    Dalam himpunan itu, Mahathir turut mengumumkan bahawa anaknya sendiri iaitu Datuk Seri Mukhriz akan mengetuai pimpinan Pakatan Harapan di negeri Jelapang Padi berkenaan sekal gus mengikut jejak sekutunya lain.

    Untuk rekod, amalan nepotisme bukan asing dalam kalangan blok itu bahkan DAP sendiri dikuasai otainya, Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng manakala PKR diterajui Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.

    Penghinaan Mahathir terhadap etnik Bugis turut mendapat perhatian luas daripada kerajaan Indonesia dan rakyatnya sendiri turut berasa kesal dengan tohmahan jahat tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Selepas Gelar Lanun, Mahathir Hina Bugis Bodoh! "