• Selepas 28 Tahun, Mesir Kembali Warnai Piala Dunia

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    ALEXANDRIA: Jaringan penalti Mohamed Salah pada lewat minit permainan memastikan Mesir mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun selepas menumpaskan Congo 2-1 dalam aksi kelayakan Kumpulan E sekali gus melakar kemenangan cukup dramatik.

    Penyerang Liverpool itu menjaringkan kedua-dua gol Mesir untuk memastikan pasukannya berada empat mata di depan dengan kempen berbaki satu perlawanan.

    Salah meletakkan Mesir di depan pada minit ke-63 bagaimanapun kelebihan tersebut tidak bertahan lama apabila Arnold Bouka Moutou menjaringkan gol penyamaan.

    Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan seri, Mesir dihadiahkan sepakan penalti dan Salah menyempurnakannya sekali gus menempah tiket ke Rusia di mana penampilan pertama mereka di pusingan akhir sejak 1990 di Itali.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Selepas 28 Tahun, Mesir Kembali Warnai Piala Dunia "