• Selamba Tunggang Ular Gergasi

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    HANOI: Rakaman menggemparkan yang tular menunjukkan seorang budak lelaki berusia tiga tahun selamba ‘menunggang’ ular sawa sepanjang enam meter ketika banjir di Vietnam.

    Ular itu sebenarnya peliharaan keluarga kanak-kanak berkenaan di wilayah Thanh Hoa, utara Vietnam, dan dilaporkan dibawa keluar untuk membolehkan reptilia itu menikmati air banjir.

    Banjir di Vietnam setakat ini meragut 72 nyawa dan menenggelamkan ribuan kediaman dalam pada negara itu kini bersedia berdepan Taufan Khanun yang dijangka membawa lebih banyak hujan mulai semalam.

    Bagaimanapun, dalam rakaman video berkenaan, kanak-kanak bernama Truong jelas tidak mengendahkan air setinggi paras buku lali di kelilingnya, malah sebaik ular seberat 80 kilogram itu dibawa keluar dia terus melompat ke atas badannya dan menjerit kegembiraan.

    Gambar dan video kejadian itu menjadi tular serta ramai yang mendakwa ia diubah suai. Bagaimanapun, keluarga Truong menegaskan ia bukan dibuat-buat.

    Ibu saudara Truong, An Nguyen berkata: “Dia berusia tiga tahun dan ular itu seberat 80 kilogram. Kami membela sawa ini sejak empat tahun lalu dan ia sangat jinak.

    “Disebabkan hari hujan dan air naik sedikit kami mengeluarkan ular itu untuk membolehkannya turut menikmati cuaca berkenaan.”-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Selamba Tunggang Ular Gergasi "