• Sekolah Daif Di Sarawak Perlu Diberi Perhatian Dalam Bajet 2018

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    Seperti lazimnya, pembentangan bajet akan ditunggu-tunggu setiap lapisan masyarakat. Ini kerana setiap rakyat sudah pasti menunggu 'buah tangan' daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Najib dijangka membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober ini. Sebelum ini, Najib memberi bayangan isi kandungan bajet turut disumbang rakyat terutama dalam bentuk cetusan idea demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

    Pendekatan Najib ini amat relevan memandangkan dunia semakin canggih terutama melibatkan teknologi sekaligus memudahkan rakyat berinteraksi dengan pemimpin negara.

    Biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan, Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang mendengar denyut nadi rakyat.

    Sudah pasti, rakyat Sarawak turut mengharapkan sesuatu yang lebih besar dari bajet yang akan dibentangkan terutama untuk pembangunan luar bandar negeri ini.

    Sebenarnya, sekolah daif merupakan antara isu utama yang disuarakan wakil rakyat terutama di luar bandar. Untuk menyelesaikan masalah ini memerlukan peruntukan besar.

    Diharapkan kerajaan persekutuan tidak memandang enteng perkara ini kerana melibatkan keselamatan dan keselesaan pelajar.-Abdul Halim Jantan



    Subjects:

  • No Comment to " Sekolah Daif Di Sarawak Perlu Diberi Perhatian Dalam Bajet 2018 "