• Sarawak Tunggu Pengesahan Untuk Beri Respon Jadual Cuti Sekolah 2018

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+


    KUCHING: Sarawak perlu menunggu pengesahan daripada Kementerian Pendidikan mengenai jadual cuti persekolahan 2018 untuk memberi sebarang kenyataan.

    Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, beliau perlu mendapatkan butiran serta pengesahan daripada kementerian sebelum memberi sebarang kenyataan lanjut.

    “Saya perlu mendapatkan butiran sebenar sebelum memberi respons dan akan mendapatkan pengesahan daripada kementerian,” ujarnya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, pekara tersebut telah dimaklumkan kepada Dato Sri Michael Manyin (Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi) tetapi beliau sekarang masih berada di luar negara.

    “Beliau akan meneliti perkara ini bersama kementerian di persekutuan sebaik sahaja pulang nanti,” katanya di sini, semalam.

    Bagaimanapun Uggah enggan mengulas lanjut sehingga mendapat pengesahan bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

    Terdahulu, cuti penggal persekolahan 2018 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan dilihat tidak meletakkan cuti pertengahan tahun bermula pada awal Jun yang telah menjadi tular di media sosial.

    Jadual berkenaan dianggap menindakkan sambutan Hari Gawai Dayak yang jatuh pada 1 dan 2 Jun di Sarawak sehingga ramai kalangan Dayak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan rasa tidak puas hati. – Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Tunggu Pengesahan Untuk Beri Respon Jadual Cuti Sekolah 2018 "