• Sarawak Terima Pelaburan RM92.8 Juta Projek Biomas

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak berada pada kedudukan kesembilan dalam senarai pelaburan untuk projek biomas yang diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh 2011 hingga 2016.

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebanyak RM92.8 juta pelaburan diterima Sarawak dalam tempoh tersebut.

    Menurutnya, secara keseluruhannya terdapat 226 projek diluluskan bernilai RM2.9 bilion.

    "Johor berada pada kedudukan teratas dengan RM732.9 juta pelaburan diikuti Selangor (RM570.6 juta) dan Sabah (RM471.5 juta)," katanya.

    Beliau menjelaskan, sebanyak lima syarikat berpotensi dengan pelaburan RM1.4 bilion masih menunggu kelulusan.-Sarawakiana





  • No Comment to " Sarawak Terima Pelaburan RM92.8 Juta Projek Biomas "