• Sarawak Susah Dapat Dana Ketika Zaman Mahathir Berbanding Najib

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan Sarawak seperti dianaktiritkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu.

    Memetik laporan Malaysian Digest, Abang Jo turut mendedahkan Sarawak jauh ketinggalan dari segi infrastruktur terutamanya pembangunan luar bandar.

    "Sarawak kerap kali meminta dana daripada pentadbiran Dr Mahathir bagi tujuan pembangunan namun kerap kali juga ianya tidak diendahkan.

    “Yang pertama kita nak minta jalan raya pesisir dibangunkan. Kita dah ada jalan bukit yang ada sekarang, kita rasa kita juga perlukan jalan pesisir.

    “Kita minta kalau boleh bangunkan jalan raya. Tunggu.. tunggu sampai tak ada jawapan untuk bangunkan jalan pesisir. Tak ada peruntukan. Kenapa? kita tak tahu,” katanya.

    Menurut beliau lagi, berbeza dengan zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini lebih prihatin terhadap Sarawak dengan adanya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

    Katanya, Najib lebih pantas meluluskan dana pembangunan untuk negeri dan memahami keperluan rakyat Sarawak.

    "Dalam masa begitu singkat Datuk Najib beri maklumbalas kepada kita buat Lebuhraya Pan Borneo.

    "Kita juga mahu terlibat dalam sektor minyak dan gas. Datuk Najib jawab kita boleh runding dan akhirnya dilantiknya anak Sarawak sebagai pengarah dalam Petronas," katanya - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Susah Dapat Dana Ketika Zaman Mahathir Berbanding Najib "