• Sarawak Report dakwa Ambiga beri maklumat pembayaran 1MDB

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menamakan be­kas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan pemimpin Pas menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Brown menjelaskan, bekas Pengerusi Bersih itu memberitahu mengenai Najib, Pas dan isu 1MBD kepadanya pada Julai tahun lalu.

    “Ambiga beritahu bahawa sumbernya itu boleh dipercayai dan menjangkakan jumlah yang telah dibayar sekitar RM90 juta,” kata Brown dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober lalu seperti yang dilaporkan sebuah portal Malaysia Insight.

    Dokumen mahkamah itu telah difailkan berhubung saman fitnah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Brown pada April lalu.

    Dalam saman tersebut, Abdul Hadi mendakwa beliau telah difitnah dalam rencana Sarawak Report bertajuk As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connectio bertarikh 6 Ogos, 2016.

    Rencana itu mendakwa wang itu bertujuan untuk menyogok Pas untuk menyebelahi Barisan Nasional (BN). - Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Report dakwa Ambiga beri maklumat pembayaran 1MDB "