• Sarawak Perlu Lahir Tenaga Kerja Mahir Bahasa Inggeris - Abang Jo

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak perlu memperbanyakkan usaha bagi melahirkan bakat yang mahir berbahasa Inggeris selain kemahiran teknikal dalam kalangan graduan di Sarawak.

    Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, langkah tersebut amat penting bagi mengurangkan kadar penjangguran di kalangan graduan di negeri ini.

    Beliau berkata, memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tidak mencukupi bagi mengekalkan kepentingan dan meningkatkan standard bahasa Inggeris.

    "Oleh itu, kita mesti memperbanyakkan usaha meningkatkan kesedaran dalam populasi pekerjaan dan menggalakkan mereka menguasai basa Inggeris.

    "Kita mesti melahirkan bakat yang akan diterima dalam syarikat multinasional, jika tidak, kita hanya akan melahirkan graduan menganggur," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ketua menteri berkata, oleh sebab itulah Sarawak mengguna pakai bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa rasmi selain bahasa Malaysia di negeri ini.

    "Penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris dan kemahiran teknikal dalam kalangan rakyat Sarawak amat perlu bagi memastikan kejayaan pembangunan ekonomi digital di Sarawak," ujarnya
  • No Comment to " Sarawak Perlu Lahir Tenaga Kerja Mahir Bahasa Inggeris - Abang Jo "