• Sarawak Perlu Jadikan Bahasa English Sebagai Bahasa Kedua

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri begitu komited untuk menggalakkan rakyat Sarawak supaya belajar menguasai penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

    Menurutnya, ianya bagi memastikan rakyat Sarawak sentiasa mahir dalam bahasa Inggeris seperti yang disarankan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg

    “Kita ingin menggalakkan rakyat Sarawak di semua peringkat umur untuk cuba bertutur dalam Bahasa Inggeris agar rakyat dapat bersaing dalam dunia digital di peringkat global.

    “Jangan takut untuk melakukan kesalahan. Jadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua anda,” katanya

    Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak (SELES) 2017 yang diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.

    Manyin menambah, SELES 2017 merupakan program pendidikan yang pertama diadakan di Sarawak melibatkan lebih kurang 1000 peserta di kalangan guru, ahli akademik, dan pendidik lain.

    “Saya berharap selepas simposium ini, sesiapa sahaja akan berusaha untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris walau dimana sahaja anda berada disamping meningkatkan kecekapan bahasa Inggeris di Sarawak,” ujarnya

    Jelasnya, simposium tersebut adalah usaha kerajaan negeri untuk menyediakan satu platform bagi pendidik berkongsi pengetahuan dalam Bahasa Inggeris dan menerapkan kemahiran komunikasi kepada pelajar.

    SELES 2017 juga adalah sebahagian daripada komitmen Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri untuk membangun dan meningkatkan pendidikan bahasa Inggeris di negeri ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Perlu Jadikan Bahasa English Sebagai Bahasa Kedua "