• Sarawak Penerima Terbesar Peruntukan Projek RES

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+
    Gambar NST
    KUCHING: Bagi tahun 2010 hingga 2017, sebanyak RM3.374 bilion atau bersamaan 48 peratus daripada jumlah bajet keseluruhan untuk Malaysia telah diperuntukkan kepada negeri Sarawak bagi pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES).

    Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, peruntukan bagi pelaksanaan projek RES untuk negeri Sarawak adalah yang terbesar.

    "Ia hampir separuh daripada peruntukan keseluruhan bagi tujuan itu untuk seluruh negara," kata beliau.

    Tambahnya, bagi projek jalan luar bandar, kira-kira RM177.9 juta telah disalurkan kepada Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi tempoh 2016-2020 bersamaan 20.4 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan bagi tujuan itu di seluruh negara. 

    "Sarawak juga telah diperuntukkan sejumlah RM1.499 bilion untuk melaksanakan penyambungan bekalan sumber air luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) dan RMK11 iaitu 25.5 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi seluruh negara," katanya.

    "Jadi, bajet atau peruntukan daripada KKLW untuk Sarawak lebih besar daripada negeri-negeri lain," tegas beliau. - Sarawakiana


  • No Comment to " Sarawak Penerima Terbesar Peruntukan Projek RES "