• Sarawak Kekurangan Akauntan Bumiputera

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    Sarawak masih kekurangan 60 peratus graduan perakaunan kelahiran Bumiputera dimana statistik terbaharu daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) menunjukkan bahawa hanya 34 daripada 1,411 penuntut atau 2.4 peratus sahaja graduan perakaunan di negeri ini adalah Bumiputera, menurut Menteri Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan

    Memetik laporan Utusan Borneo, Snowdan berkata beliau mahu melihat lebih banyak graduan perakaunan Bumiputera dilahirkan di negeri ini.

    “Perwakilan Bumiputera dalam profesion perakaunan adalah salah satu isu yang perlu ditangani.

    “Diharap selepas ini, kami akan mempunyai lebih ramai graduan Bumiputera dalam bidang perakaunan,” katanya

    Tambahnya lagi, Malaysia perlu menghasilkan lebih ramai akauntan yang dilengkapi dengan kemahiran untuk mengatasi permintaan ekonomi berasaskan pengetahuan dan digital untuk menjadi negara industri.

    “Beberapa kajian yang dilakukan oleh Persekutuan Akauntan Antarabangsa (IFAC) mengakui bahawa akauntan menyumbang kira-kira RM4.3 trilion setahun dari segi nilai mereka kepada masyarakat,"

    “Sebenarnya ia tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Malaysia masih memerlukan lebih banyak akauntan,” ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Kekurangan Akauntan Bumiputera "