• Sarawak Guna Teknologi Jerman Jadikan Air Sumber Ekonomi

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak akan menggunkan teknologi dari Jerman untuk menjadikan Air sebagai sumber ekonomi di negeri ini.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata Sarawak berupaya menjadi sebuah negeri yang menghasilkan oksigen dan hidrogen yang diekstrak daripada air kerana negeri ini begitu kaya dengan sumber air yang boleh dimanfaatkan menggunakan teknologi dari Jerman tersebut.

    “Kita boleh menjadi orang Arab yang baharu, orang Arab kaya kerana minyak, kita kaya kerana air, jadi kita orang Sarawak adalah orang Arab yang baharu,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada Pameran Kebudayaan Lun Bawang anjuran Persatuan Lun Bawang Sarawak (LBAS) Cawangan Kuching di sebuah hotel di sini, kelmarin.

    Memetik laporan Utusan Boirneo, baru-baru ini, Abang Johari bersama delegasi negeri ini telah melawat Jerman untuk mempelajari mengenai teknologi tersebut dan optimis untuk mengguna pakainya bagi manfaat rakyat dan ekonomi Sarawak.

    Berhubung perkara lain, Abang Johari berkata beliau mahu bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan mengenai membina semula 260 sekolah di Sarawak.

    “Ini kerana sebahagian besar sekolah-sekolah ini sudah berada dalam keadaan using,” ujarnya.

    Tanpa mendedahkan secara lanjut, beliau berkata perbincangan tersebut akan menyentuh antara lain mengenai pembiayaan projek pembinaan semula sekolah dan ia melibatkan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan pembayaran dana persekutuan.

    Sementara itu, Abang Johari turut menegaskan bahawa beliau perlu mengamalkan undang-undang imigresen khas negeri kerana beliau mahu mengekalkan perpaduan kaum di Sarawak.

    Katanya, beliau tidak mahu unsur negatif dari Semenanjung Malaysia masuk ke negeri ini dan menyumbang kepada kemusnahan keharmonian kaum dan agama yang telah dibina dan dinikmati semua rakyat Sarawak selama ini.

    Pada masa yang sama, beliau juga memberi jaminan bahawa parti tulang belakang Barisan Nasional (BN), UMNO tidak akan bertapak atau menyebarkan sayapnya ke negeri ini. – Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Guna Teknologi Jerman Jadikan Air Sumber Ekonomi "