• Sarawak Ambil Tempoh 2 Tahun Untuk Baik Pulih Sekolah Usang

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    Kerajaan negeri mengambil tempoh dua tahun akan untuk memulakan pembinaan sekolah usang di bawah Bajet 2018, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Memetik laporan The Borneo Post, Abang Johari berkata, peruntukkan RM1 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2018 baru-baru ini akan digunakan sebaik mungkin dalam tempoh yang ditetapkan.

    "Kerajaan menyasarkan tahun 2018 dan 2019, di mana kerajaan negeri akan membida lebih banyak peruntukan daripada Putrajaya," katanya.

    Abang Jo berkata, semua sekolah baharu ini nanti akan dilengkapi makmal sains seiring dengan penekanan kerajaan negeri dalam pengajaran dan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bermula dari peringkat awal lagi.

    Walaubagaimanapun, menurut Abang Jo, tidak semua sekolah baharu akan dibina menggunakan Sistem Binaaan Berindustri (IBS).

    "Ada yang menggunakan IBS, ada yang kita gunakan konvensional. Apa yang penting kita mempunyai sekolah baharu," ujarnya.

    Sementara itu, Kementerian Pendidikan, Penyelidikan Sains dan Teknologi dibawah Dato Sri Michael Manyin telah mengenalpasti 200 buah sekolah usang yang memerlukan tindakan segera.

    Menurut Manyin, setiap kawasan luar bandar akan mendapat sekurang-kurangnya satu sekolah baharu. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Ambil Tempoh 2 Tahun Untuk Baik Pulih Sekolah Usang "