• ‘Sarang’ Paddock Lancar Serangan Didedah

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+


    FOTO timbunan peluru dan lain-lain senjata di dalam bilik suspek kes tembakan rambang di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), Stephen Paddock, lokasi dia melancarkan serangannya sehingga menggorbankan 59 nyawa didedahkan.

    Gambar tersebut diperolehi Fox 25 Boston dan disiarkan dalam portal berita Metro.co.uk.

    Sebatang tukul yang digunakan suspek untuk memecah tingkap turut dilihat berada berdekatan dengan sebuah kerusi.

    Paddock dipercayai memecah dua buah tingkap dengan menggunakan tukul tersebut.

    Serangan hendap yang dilepaskan dari Hotel Mandalay Bay, Las Vegas, Ahad lalu disasarkan terhadap Festival Route 91 Harvest.

    Presiden AS, Donald Trump mengutuk keras serangan tersebut yang disifatkan sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan.

    "Dia membunuh dengan kejam 50 mangsa manakala beratus-ratus lagi cedera. Ia tindakan tidak berperikemanusiaan.

    "Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. Terima kasih kepada Polis Metropolitan Las Vegas di atas usaha berani mereka membantu menyelamatkan nyawa orang ramai.

    "Menemui suspek dengan segera selepas tembakan rambang itu adalah amat bermakna dan dihargai," katanya.

    Eric, adik lelaki Paddock berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan insiden tersebut.

    Jelasnya, dia tidak tahu jika tindakan abangnya itu dilakukan atas dasar politik atau fahaman radikal.

    Paddock dilaporkan menembak dirinya sebelum polis memecah masuk ke dalam bilik hotel yang didiaminya.

    Sekurang-kurangnya tujuh peluru rifle turut dijumpai.

    Polis masih lagi menyiasat motif utama serangan dilancarkan.

    Sherriff Las Vegas, Joseph Lambardo turut menolak insiden itu ada kaitan dengan militan IS.

    Ia adalah insiden berdarah terburuk dalam sejarah AS.

    Pada tahun lalu, kira-kira 49 orang maut apabila Omar Saddiqui Mateen melepaskan tembakan ke arah orang ramai di Pulse, sebuah kelab malam yang terletak di Orlando. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " ‘Sarang’ Paddock Lancar Serangan Didedah "