• Sanggup Tinggal Kerja Gaji Lumayan Demi Islam

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    Jurutera dari Slovenia sanggup meninggalkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di negara asal untuk mendalami Islam di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Pengkalan Chepa sejak Jun lalu.

    Jonatan Kukucka Abdullah,25, yang bertugas di Bizjan Orodjarstvo mula tertarik dengan Islam selepas berkenalan dengan bakal isterinya, Nurul Dayana Abu Saman, 23, di Griffin Collage, Ireland pada 2015.

    Katanya, pada Julai 2016 dia memeluk agama Islam secara sukarela dan mula mempelajarinya dengan lebih mendalam.

    "Saya kemudian membuat keputusan untuk berhenti bekerja untuk mendalami Islam di sini (IDIP) selepas dicadangkan sendiri oleh bapa Nurul Dayana.

    "Walaupun baru beberapa bulan saya mempelajari mengenai Islam di IDIP, saya lihat Islam memainkan peranan penting bagi membentuk keperibadian seseorang. Setiap kali bersolat dan berdoa, jiwa saya cukup tenang dan damai, suatu nikmat yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.

    "Saya bersyukur kerana Allah diberi hidayah untuk mengenali dan memeluk agama suci ini dalam usia masih muda.

    "Keperibadian Nabi Muhammad SAW akan menjadi contoh ikutan untuk membolehkan saya menjadi muslim sejati sehingga ke akhir hayat," katanya ketika ditemui selepas menyertai Larian Mahabbah Mualaf, di Kota Bharu hari ini.

    Seramai 46 peserta terdiri daripada kakitangan dan pelajar IDIP menyertai larian terbabit.

    Menurutnya, keluarganya juga tidak pernah membantahnya untuk memeluk agama suci ini kerana pada usia 18 tahun mereka bebas menganuti agama pilihan masing-masing.

    "Insya-Allah pada 25 Disember ini saya bakal melangsungkan perkahwinan. Saya berharap ilmu agama yang dipelajari dapat menjadikan saya seorang suami yang lebih bertanggungjawab mengikut syariat Islam," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Sanggup Tinggal Kerja Gaji Lumayan Demi Islam "