• Salleh Gesa Ketua Pesuruhjaya SPRM Kekal Teguh

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+


    Kuala Lumpur : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad harus tegas dan tidak tunduk kepada taktik kotor untuk melemahkannya.

    Beliau menggesa Dzulkifli agar meneruskan usahanya membersihkan negara daripada anasir rasuah.

    Salleh berkata demikian dalam catatan terbarunya berikutan dakwaan kononnya ketua pesuruhjaya SPRM itu mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

    "Pada 2015, apabila mereka fikir SPRM boleh digunakan untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka yang menentang kerajaan akan ke ibu pejabat SPRM, memuji agensi itu dan menyanjung tinggi ketua pesuruhjaya SPRM terdahulu."

    "Hari ini, Dzulkifli diserang dengan kejam. Jika mereka boleh mempergunakan anda, maka anda adalah 'anugerah Tuhan' sekiranya mereka tidak boleh mempergunakan anda, mereka akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan, memalukan, mencemarkan imej dan memusnahkan reputasi anda dengan pembohongan, fitnah dan dakwaan palsu terhadap semua jenis 'jenayah' yang dibayangkan," katanya.

    Dalam hal ini, Salleh menggesa Dzulkifli supaya mengabaikan kutukan berkenaan dan terus berkhidmat "kerana sebagai seorang penjawat awam kanan dan berprofil tinggi, serangan datang dengan tanggungjawab yang digalas, lebih banyak anda melaksanakan tugas anda dengan baik, lebih banyak pula serangan yang menimpa".

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Salleh Gesa Ketua Pesuruhjaya SPRM Kekal Teguh "