• Salang Minta Contohi Parti Politik Yang Berjaya

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+

    Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum menyeru agar semua ahli parti mencontohi parti politik yang berjaya seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, beliau berkata parti berkenaan sentiasa bebas daripada mengalami krisis kerana setiap ahli mereka sangat berdisiplin dan akan mematuhi sebarang keputusan yang dibuat oleh presiden mereka.

    “Ini kerana mereka tahu bahawa presiden membuat keputusan tidak hanya bercakap untuk dirinya sendiri tetapi demi kepentingan parti secara keseluruhan,” katanya.

    Jelas Salang, kewujudan kumpulan kecil walaupun di peringkat akarumbi hingga pemimpin hanya akan memecahbelahkan parti.

    Beliau yang berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan PRS Pakan di Pakan semalam.

    Salang menegaskan agar kesemua ahli PRS akan terus sentiasa kekal bersatu dan sebarang agenda pembentukan kumpulan-kumpulan dalam parti ditegah sama sekali. - Sarawakiana
  • No Comment to " Salang Minta Contohi Parti Politik Yang Berjaya "