• Rundingan Baiki Sekolah Usang Untuk Pancing Undi Dayak - PBDSB

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) mendakwa rundingan diantara Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu penyelesaian sekolah-sekolah usang di Sarawak hanyalah gimik untuk memancing undi di kalangan masyarakat Dayak.

    Memetik laporan The Borneo Post, Presidennya Cobbold John Lusoi mendakwa kebanyakkan sekolah-sekolah usang terdapat di kawasan majoriti Dayak.

    "Kerajaan negeri sepatutnya sudah berada dalam proses pembaikan untuk sekolah-sekolah luar bandar yang usang. Tetapi kenapa secara tiba-tiba Ketua Menteri mahu berunding dengan kerajaan persekutuan mengenai perkara yang sudah lama tertangguh," ujarnya

    Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan persekutuan seperti melengahkan isu berkenaan dan tidak menyediakan peruntukkan yang sepatutnya.

    "Jika kerajaan persekutuan ada menyediakan dana untuk membaiki semua sekolah-sekolah usang, mereka seharusnya bertindak dengan segera,"

    Walaubagaimanapun, kerajaan negeri berhasrat untuk mengunakan dana sendiri untuk membina semula atau membaik pulih sekolah-sekolah usang di Sarawak dan kerajaan pusat akan membayar balik kos ditanggung bagi tujuan itu.

    Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yakin kerajaan pusat akan membayar balik kos ditanggung kerajaan negeri untuk membaik pulih atau membina semula sekolah-sekolah usang di Sarawak.

    “Kalau kerajaan pusat tidak mampu membayar balik, kita akan kontra tetapi prosedur perakaunan perlu dipatuhi dan kita akan meneliti perkara ini,"kata Wong - Sarawakiana
  • No Comment to " Rundingan Baiki Sekolah Usang Untuk Pancing Undi Dayak - PBDSB "