• Rumah Pesuruhjaya PAS Sarawak Musnah Dalam Kebakaran

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    MIRI: Rumah Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak Jofri Jaraiee terbakar di Kampung Luak Bay dekat sini awal pagi tadi.

    Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu, rumah kediaman tujuh sekeluarga itu musnah terbakar kira-kira 60 peratus dan menyebabkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dan bapanya, Jaraiee Marhaban melecur manakala ahli keluarga lain dilaporkan selamat.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Sarawak, sejurus menerima laporan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dan BBP Lopeng dikerahkah ke lokasi kejadian.

    “Sebaik tiba dilokasi, pihaknya mendapati api sedang marak membakar rumah berkenaan manakala penghuni berjaya menyelamatkan diri mereka.

    “Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3 40 pagi dan kedua-dua mangsa yang melecur di bahagian kaki dan tangan dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut” katanya.

    Sehingga berita ini ditulis, punca dan jumlah kerugian masih belum diketahui.-Sarawakiana

  • No Comment to " Rumah Pesuruhjaya PAS Sarawak Musnah Dalam Kebakaran "