• Rumah JKKK Di Setiap Kampung Di Pantai Damai

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap kampung sudah menjadi impian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi untuk direalisasikan.

    Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti berkata, rumah tersebut nanti akan menjadi pejabat khas untuk JKKK kampung selain untuk kegunaan bersama.

    "Sudah menjadi hasrat saya agar semua JKKK dalam kawasan DUN Pantai Damai mempunyai pejabat sendiri dengan syarat ada tanah yang tiada kos pembelian.

    "Rumah JKKK ini juga memberi kemudahan kepada pertubuhan bukan kerajaan dalam kampung terlibat bagi kegunaan bersama seperti mengadakan mesyuarat atau perbincangan sesuatu program bagi komuniti setempat," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Dr Abdul Rahman turut melahirkan rasa bangga dengan kepimpinan JKKK Bandar Baru Samariang yang berjaya menubuhkan rumah JKKK pertama dalam DUN Pantai Damai.

    "Pembinaan rumah JKKK seperti ini adalah melalui peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Pantai Damai dan rumah JKKK yang dibina pada peringkat awal ini akan berterusan bagi menambah baik lagi rumah tersebut," ujarnya.

    Menurutnya lagi, terdapat beberapa rumah JKKK yang dibina melalui peruntukan tersebut di DUN Pantai Damai.-Sarawakiana
  • No Comment to " Rumah JKKK Di Setiap Kampung Di Pantai Damai "