• Rugi Jika Veteran Tentera Tidak Sertai PVATM

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwi menyeru veteran tentera tampil menyertai Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

    “Veteran angkatan tentera telah memainkan peranan dan tugas serta tanggungjawab penting suatu ketika dahulu,” katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo menurutnya, segala bakti ketika mereka menjalankan tugas dahulu tidak terbayar oleh orang awam yang sentiasa dalam jagaan mereka.

    “Oleh sebab itu, veteran ini harus diraikan dalam apa juga acara dan majlis terutama seperti ini,” ujarnya.

    Pada masa sama, Abu Seman turut menyatakan terdapat 130 veteran tentera di seluruh Matu Daro dan sekitar 30 lagi tidak berdaftar dengan persatuan.

    "Ianya sangat merugikan para veteran tentera sendiri melibatkan keistimewaan dalam persatuan.

    "Malah berpersatuan membolehkan mereka menyatakan hasrat serta suara dengan lebih jelas ketika mempunyai kehendak atau keperluan terhadap sesuatu," jelasnya..– Sarawakiana
  • No Comment to " Rugi Jika Veteran Tentera Tidak Sertai PVATM "