• Ronaldo Pertahan Gelaran Pemain Terbaik Fifa

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+


    CRISTIANO Ronaldo mempertahankan gelarannya sebagai pemain terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), tahun ini.

    Beliau menewaskan pencabar terdekat Lionel Messi dan Neymar untuk mendapat anugerah pemain bola sepak terbaik dunia itu.

    Bintang Portugal itu, yang meledak 44 gol dalam 48 perlawanan untuk kelab dan negara sepanjang tahun ini, memainkan peranan penting dalam kemenangan Real di La Liga dan Liga Juara-Juara.

    “Terima kasih kerana mengundi saya. Saya sangat gembira memenangi anugerah ini berturut-turut. Ini adalah pencapaian yang hebat untuk saya.

    "Terima kasih kepada semua peminat di seluruh dunia kerana menyokong saya. Terima kasih, terima kasih banyak," kata Ronaldo.

    Sementara itu, pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane mengatasi Antonio Conte (Chelsea) dan Massimiliano Allegri (Juventus) untuk Anugerah Jurulatih Terbaik.

    Kempen cemerlang Real di Sepanyol dan Eropah turut menyaksikan pemain-pemain mereka mendominasi kesebelasan terbaik Fifa yang menampilkan Ronaldo, Toni Kroos, Luka Modric, Marcelo dan Sergio Ramos.

    Pasukan itu dilengkapkan dengan Penjaga Gol Terbaik Gianluigi Buffon, Leonardo Bonucci, Dani Alves, Andres Iniesta, Messi dan Neymar.

    Anugerah berkenaan turut menyaksikan penyerang Arsenal Olivier Giroud memenangi Anugerah Puskas bagi gol terbaik 2017, manakala Belanda yang memenangi Kejuaraan Wanita Eropah 2017 mendapat pengiktirafan dengan Jurulatih Wanita Terbaik dan Pemain Wanita Terbaik menerusi Sarina Wiegman dan Lieke Martens. - SinarHarian

    Subjects:

  • No Comment to " Ronaldo Pertahan Gelaran Pemain Terbaik Fifa "